comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kehadiran Alstom tingkat keyakinan penyiapan projek aerotren KLIA

Perkhidmatan aerotren KLIA yang berusia 25 tahun digantung pada Mac tahun lalu selepas kerosakan besar yang mengakibatkan 114 penumpang terkandas di tengah-tengah landasan. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Perlantikan pengeluar kereta api Perancis, Alstom untuk mengetuai konsortium dalam melaksanakan semula projek penggantian penggerak penumpang automatik (APM) atau aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka akan membolehkan projek itu siap seperti yang dijadualkan, kata penganalisis.

Ini kerana Alstrom sememangnya memiliki kepakaran di pertingkat antara bangsa dalam membangunkan infrastruktur sebegitu. Selain itu ia juga disertai oleh IJM Construction Sdn Bhd.

RHB Research berpandangan walaupun IJM dianggap sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai untuk melaksanakan projek APM kerana ia berpengalaman dalam pembinaan kereta api, kehadiran Alstom dalam konsortium itu memberi keyakinan lebih tinggi untuk menyiapkan projek berkenaan dengan sasaran siap menjelang akhir suku pertama 2025.

Katanya, ia berikutan Alstom mempunyai rekod prestasi yang bagus dalam kerja-kerja pemasangan APM di lapangan terbang, seperti di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Munich.

“Alstom akan menjalankan sebahagian besar daripada skop kerja projek ini – sebagai ketua penyelaras projek – bagi nilai kontrak RM456 juta selepas mengambil kira faktor pertukaran asing (FX), kos pegangan faedah dan belanja pengerahan semula,” katanya dalam nota penyelidikannya.

Dalam satu kenyataan semalam, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata ia telah memeterai perjanjian dengan Alstom Transport Systems (Malaysia) Sdn Bhd serta usaha sama (JV) merangkumi IJM Construction Sdn Bhd dan Pestech Technology Sdn Bhd (IJMC-Pestech JV) untuk menyiapkan projek penggantian aerotren KLIA menjelang suku pertama 2025.

Pengendali lapangan terbang itu berkata, di bawah perjanjian baharu itu, Alstom, yang adalah pengeluar peralatan asal aerotren baharu, akan bertindak sebagai peneraju penyelarasan projek serta bertanggungjawab ke atas kerja-kerja penyelarasan bagi memulakan semula projek selain menghantar tiga tren baharu dan dua landasan menjelang suku pertama 2025.

MAHB berkata, pembabitan Alstom akan memberikan satu lapisan jaminan kepada projek itu, memandangkan rekod prestasi syarikat yang sentiasa mencatatkan kejayaan dalam usaha sama.

Loading...
Terkini