comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kekurangan pemangkin dorong Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Kekurangan pemangkin selepas Wall Street mempamerkan prestasi yang bercampur-campur pada Jumaat minggu lepas mendorong Bursa Malaysia memulakan dagangan minggu ini rendah, kata seorang peniaga.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.63 mata kepada 1,457.04 daripada penutupan dagangan Jumaat iaitu 1,460.67.

Indeks utama dibukar 0.41 mata rendah pada paras 1,460.26.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 175 berbalas 167 manakala 273 kaunter tidak berubah, 1,759 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan 196.88 juta unit bernilai RM77.21 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup agak lemah pada Jumaat apabila pelabur mula mencerna pergerakan cergas baru-baru ini.

Namun begitu, ulasan bercampur-campur daripada pegawai Rizab Persekutuan AS mengenai prospek inflasi di Amerika Syarikat memberikan sokongan dan membantu mengimbangi pasaran, katanya.

“Di dalam negara, FBM KLCI dijangka meneruskan trend menurun. Justeru, indeks utama diunjur berlegar antara julat 1,455-1,465 hari ini, terutamanya disebabkan kekurangan pemangkin positif,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA

Loading...
Terkini