comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kekurangan penggerak pasaran dorong bursa Malaysia akhiri sesi dagangan awal lebih rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kekurangan penggerak pasaran menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Sabtu ini, mendorong  Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih rendah.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.13 mata kepada 1,454.87 daripada 1,464.00 penutup Isnin.

Pasaran pagi ini dibuka pada paras 1,461.51, turun 2.49 mata.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 450 berbalas 283, manakala 352 kaunter tidak berubah, 1,240 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 1.61 bilion unit bernilai RM800.69 juta. – BERNAMA

Loading...
Terkini