comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kelemahan ringgit bukan faktor utama rakyat cari kerja luar negara

Foto hiasan

Oleh: Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Kelemahan ringgit dilihat bukan faktor utama bagi rakyat Malaysia untuk berhijrah atau mencari kerja ke luar negara.

Pengarah Urusan, Malaysia, Jobstreet by SEEK, Vic Sithasanan, berkata terdapat pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat sesuatu keputusan termasuk tempat tinggal dan kos sara hidup.

“Mereka yang mencari rangsangan segera, mungkin mencari tempat lain tetapi ia mempunyai pelbagai faktor. Jadi walaupun hanya berpindah ke Singapura, contohnya, perlu memindahkan keluarga, mencari tempat tinggal, kos sara hidup yang tinggi. Ini tidak bermakna ia semudah itu, oleh sebab mata wang yang lemah, rasa perlu berpindah.

“Kami tidak mempunyai data yang menyokong perkara ini di platform kami. Apa yang kami lihat bilangan calon bertambah dan beberapa peningkatan jumlah pemohon di platform kami,” katanya pada taklimat media mengenai masa depan landskap pekerjaan Malaysia dan transformasi Jobstreet Malaysia dengan SEEK, hari ini.

Beliau bagaimanapun menambah, nilai mata wang yang lemah dapat menarik lebih banyak pelaburan asing dan seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam pasaran.

Mengulas mengenai prospek 2024, Sithasanan menjangka peningkatan dalam bilangan pekerjaan di pasaran, disokong momentum besar tahun lalu.

“Kami melihat pertumbuhan dalam semua sektor. Jadi tiada sektor yang terperinci untuk pencari kerja meletakkan sasaran. Nasihat saya, ikut minat anda, lihat syarikat, mengikut visi yang selari dengan pendirian masing-masing.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Asia SEEK, Peter Bithos, berkata syarikat itu telah melabur RM560 juta untuk menyatukan platform pasaran pekerjaan di rantau Asia Pasifik iaitu SEEK, Jobstreet dan Jobsdb. Melangkah ke hadapan, katanya, ia akan beroperasi di bawah satu platform.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini