comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kelemahan ringgit tidak jejas penarafan kredit Malaysia – S&P Global

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada masa ini dilihat tidak memberi risiko kepada penarafan hutang negara ini, kata S&P Global Ratings.

Penganalisis Penarafan Negara S&P di Singapura, Yee Farn Phua, berkata kedudukan Malaysian masih lagi kekal kukuh.

Malah, katanya, rizab asing juga mencukupi, sementara lebihan akaun semasa negara pula masih lagi konsisten.

“Kami tidak melihat penyusutan nilai ringgit sebagai risiko kepada penarafan negara. Kedudukan luar Malaysia kekal kukuh, ditambah dengan rizab asing yang mencukupi dan lebihan akaun semasa yang konsisten,” katanya kepada Bloomberg.

Ringgit yang menyusut ke paras terendah dalam tempoh 26 tahun minggu ini apabila ekonomi China yang lembap menjejaskan eksport Malaysia, dan beberapa penganalisis berkata terdapat risiko mata wang itu akan mencapai rekod rendah baharu.

Ringgit yang didagangkan pada RM4.79 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, dijangka meningkat kepada RM4.40 sedolar menjelang akhir tahun dan RM4.30 sedolar menjelang akhir 2025, kata Phua.

S&P dan Moody’s Investors Service menekankan bahawa keutuhan penarafan kredit negara ini meskipun ringgit lemah, memandangkan hampir semua hutang negara adalah dalam mata wang tempatan.

Hutang asing kerajaan adalah kira-kira RM30 bilion pada akhir 2023, hanya di bawah tiga peratus daripada jumlah keseluruhan, anggaran S&P.

Malaysia diberi penarafan A- oleh S&P sejak 2003, menandakan keupayaan kukuhnya untuk membayar hutang.

Skor kredit, yang tertinggi dalam kalangan rakan sebaya di Asia Tenggara, telah bertahan daripada kesan krisis kewangan global 2008 serta kegawatan yang disebabkan oleh pandemik

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini