comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] Kenderaan diesel persendirian, petani dan pekebun kecil terima RM200 sebulan – BUDI Madani

 


KUALA LUMPUR: Pemilik kenderaan diesel persendirian kecuali kenderaan mewah, yang memenuh kelayakan akan menerima 200 ringgit sebulan melalui program bantuan subsidi madani atau BUDI Madani.

Ia turut merangkumi semua petani dan pekebun kecil komoditi di bawah kategori BUDI Agri-Komoditi.

Program BUDI Madani melengkapi sistem “MySubsidi Diesel” dimana hampir 90 ribu “fleet card” telah dikeluarkan kepada syarikat pengangkutan awam dan barangan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam satu kenyataan berkata, BUDI Madani dilaksana bagi memastikan penyasaran subsidi diesel cekap dan berkesan supaya sektor logistik dan majoriti rakyat terus dilindungi.

“Ikhtiar BUDI MADANI mencerminkan usaha bersepadu jentera Kerajaan MADANI dalam memastikan mekanisme penyasaran subsidi diesel adalah komprehensif, cekap dan berkesan supaya sektor logistik dan majoriti rakyat terus dilindungi”, katanya.

Bagi kategori BUDI Individu, pemohon haruslah terdiri daripada warganegara yang memiliki kenderaan diesel pensendirian berusia bawah 10 tahun.

Ini selain mempunyai pendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Sementara itu, bagi BUDI Agri-Komoditi, pemohon perlu berdaftar di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan atau Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Ini selain memperoleh hasil jualan pertanian tahunan antara RM50,000 dan RM300,000.

Penerima yang layak boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula esok melalui laman web rasmi budi madani di https://budimadani.gov.my.

Pemohon awal dijangka menerima BUDI Madani pertama menjelang pertengahan Jun dan bantuan seterusnya akan disalurkan secara bulanan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini