comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

STR fasa 1 mula dibayar Isnin ini

PUTRAJAYA: Kerajaan telah menaikkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 sehingga RM500 kepada isi rumah berbanding bayaran maksimum RM300 pada tahun lalu.

Dengan ini, peruntukan bagi Fasa 1 meningkat 26 peratus kepada RM2.1 bilion daripada RM1.67 bilion pada tahun lepas dalam usaha untuk membantu sebilangan besar rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembayaran STR Fasa 1 akan bermula Isnin ini. Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank mereka atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

“Setiap kali saya ketemu rakyat, perihal utama diutarakan adalah beban kos sara hidup yang kian meningkat lebih deras daripada pendapatan. Saya akur akan keperitan ini, justeru kerajaan giat berusaha untuk memastikan bantuan kerajaan dapat dipertingkat dengan lebih ketara agar masalah asas ini dapat dileraikan dan tiada rakyat dibelakang
di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI,” kata Datuk Seri Anwar.

Setakat ini, seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk STR 2024.

Walaubagaimanapun angka ini dlijangka naik ke hampir 9 juta bagi tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini dibuka sepanjang tahun, berbanding setahun sekali sebelum ini.

Loading...
Terkini