comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kerajaan tumpu pembangunan AI dalam RMK-13

Oleh: Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi penekanan terhadap pembangunan kecerdasan buatan (AI) dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dengan matlamat mengukuhkan kapasiti negara dalam teknologi ini.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, RMK-13 akan memfokuskan kepada pengembangan ekosistem AI melalui pelaburan dalam penyelidikan dan inovasi, serta memperluas aplikasi AI dalam sektor seperti perkhidmatan awam, pertanian pintar dan automasi industri.

“RMK-13 menekankan inovasi berterusan dalam aplikasi AI, termasuk pertanian pintar dan automasi industri, serta memperkukuh kerjasama antara institusi awam dan sektor swasta,” katanya pada ucapan Persidangan Statistik Malaysia ke-11 hari ini.

Tambah beliau, kerjasama itu menunjukkan kesinambungan dan pengembangan daripada inisiatif RMK-12, dengan RMK-13 bertujuan menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi AI global melalui pelaburan strategik dan kolaborasi yang lebih mendalam.

Sejak RMK-12 dilancarkan, Malaysia telah memberi fokus kepada pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi AI dengan tujuan memperkukuh infrastruktur digital negara, seperti rangkaian 5G dan pusat data.

“Melalui pelaksanaan dasar yang tersusun, kerajaan telah menarik pelaburan asing lebih besar dengan peningkatan sebanyak 57.2 peratus berdasarkan jumlah pelaburan asing yang diluluskan oleh Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan pada 2023 termasuk pelaburan berkaitan AI,” tambah beliau.

Manfaatnya, lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan yang akhirnya dapat meningkatkan pendapatan rakyat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini