comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kerangka Ekonomi MADANI teras pendekatan strategik pacu masa depan ekonomi – Amir Hamzah

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

KUALA LUMPUR: Langkah memperkenalkan kerangka ekonomi MADANI mencerminkan komitmen Malaysia merangka hala tuju yang jelas bagi masa depan ekonominya, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Ketika menegaskan perkara itu, beliau berkata kerajaan telah membentangkan perancangannya dalam mengemudi negara selain menetapkan garis panduan jelas bagi memajukan ekonomi.

“Di bawah kerangka MADANI, komponen yang menjadi tumpuan adalah untuk menjadikan ekonomi lebih mantap, produktif serta mempunyai nilai tambah.

“Elemen kedua adalah bagi memastikan aspek wang (hasil) dapat disalurkan kepada semua golongan masyarakat dan menangani perkara-perkara asas seperti penyediaan pendidikan infrastruktur yang baik, kesihatan dan menghapuskan kemiskinan dalam negara,” kata beliau pada sesi perbincangan Forum Global mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) bersama menteri-menteri di sini, hari ini.

Pada masa sama, Amir Hamzah berkata Malaysia mempunyai banyak pembaharuan untuk dilaksanakan bagi membina masa depan lebih berdaya tahan dan inklusif.

“Komponen ketiga adalah dalam memastikan ekonomi berkembang atau pengimbangan semula masyarakat yang turut diberi peluang, kita juga perlu memastikannya bersifat mampan bagi kemajuan masa depan.

“Dalam kemampanan sedemikian, perlu dipastikan bahawa kerangka tadbir urus dalam negara mesti berjalan mengikut keperluannya,” katanya.

Amir Hamzah menekankan bahawa kerangka terbabit perlu jelas dan seiring dengan hala tuju kerajaan supaya mereka yang berhasrat untuk datang dan melabur di Malaysia juga jelas mengenai matlamat atau tumpuan negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini