comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ketidaktentuan luaran beri impak kepada Malaysia -IMF

 

SINGAPURA: Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka menerima tempias tahun depan ekoran ketidaktentuan permintaan luaran serta keadaan kewangan global yang ketat.

Justeru, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan unjuran ekonomi negara tahun hadapan kepada 4.4 peratus berbanding jangkaan kukuh 5.4 peratus tahun ini sejajar prestasi ekonomi baharu muncul Asia lain.

“Pertumbuhan yang lebih perlahan juga dilihat di negara rantau yang lain. Aktiviti perdagangan Malaysia juga amat berintegrasi dengan rantaian bekalan diperingkat rantau Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) di mana bersandarkan tinjauan kami terhadap ekonomi AS dan EU akan lemah tahun depan. Tahun 2023 adalah tahun mencabar. Pada masa sama ,kadar inflasi juga meningkat.” kata Shanaka Jayanath Peiris, Ketua Bahagian Kajian Serantau, Jabatan Asia dan Pasifik IMF.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kedudukan ekonomi Malaysia pada sidang media IMF mengenai Tinjauan Ekonomi Serantau untuk Asia Pasifik di Singapura: Belayar Menuju Ketidaktentuan yang diadakan secara hibrid.

Turut dipuji beliau, tindakan pantas Bank Negara sebelum inflasi melonjak , melebihi sasaran.

Jayanath berkata demikian ketika mengulas mengenai keperluan negara untuk meningkatkan kadar faedah secara agresif untuk mengurangkan jurang dengan Amerika Syarikat.

IMF menjangka banyak negara rantau kekal dalam kitaran mengetatkan kadar faedah untuk mengurangkan inflasi menjelang 2024.

Loading...
Terkini