comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Keuntungan diraih saham perbankan dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Minat belian baharu yang mendorong keuntungan dalam saham perbankan memacu Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi urus niaga Jumaat,  dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.27 peratus kepada 1,424.21 mata.

Pada 9.06 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI memperoleh 3.83 mata berbanding paras 1,420.38 pada penutup Khamis.

Pasaran tempatan memulakan urus niaga pagi ini pada paras 1,425.42, mengukuh 5.14 mata.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 140 berbalas 105, manakala 204 kaunter tidak berubah, 1,877 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 99.98 juta unit bernilai RM42.51 juta. – BERNAMA

Loading...
Terkini