comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kewangan Maybank tak terjejas

Maybank

KUALA LUMPUR: Maybank tidak berdepan sebarang impak kewangan daripada langganan tawaran saham konglomerat India, Adani Enterprises, kata bank itu hari ini.

Pelabur utama, Maybank Securities dan Abu Dhabi Investment Authority membeli kepentingan dalam tawaran saham sekunder Adani Enterprises bernilai AS$2.45 bilion (RM10.4 bilion) Rabu lalu, yang bertembung dengan laporan jualan singkat yang menyebabkan kejatuhan mendadak saham-saham syarikat kumpulan Adani.

Permintaan daripada pelabur utama muncul walaupun Hindenburg Research mendedahkan berlaku ‘short position’ atau jangkaan nilai saham akan turun dalam jangka singkat dalam Adani Group, dengan menuduh ia menyalah guna pelepasan cukai luar pesisir dan mencetuskan kebimbangan terhadap hutang tinggi sehingga menghilangkan AS$11 bilion nilai kekayaan pelabur.

“Kami mahu menjejaskan bahawa tiada impak kewangan kepada Maybank memandangkan langganan dalam Adani Enterprises adalah langganan daripada pelanggan dan dibiayai sepenuhnya oleh dana pelanggan,” kata Maybank kepada Reuters dalam satu kenyataan e-mel.

Maybank diperuntukkan 34.09 peratus daripada 18.2 juta saham yang disediakan untuk pelabur institusi pada harga 20.4 bilion rupee (RM1.06 bilion).

Pada Ahad, kumpulan yang diketuai oleh Gautam Adani, manusia ketiga terkaya dunia menurut Forbes berkata, laporan Hindenburg Research itu adalah ‘serangan terancang’ terhadap India dan institusi-institusinya, manakala seorang eksekutif kanan membandingkan kejatuhan saham itu sama seperti pembunuhan beramai-ramai semasa era kolonial.

Adani Enterprises, firma utama Adani Group, meninjau untuk membiayai perbelanjaan modal dan membayar sebahagian hutang daripada hasil penjualan saham berkenaan. – REUTERS

Loading...
Terkini