comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

KGW, UTHM bangun hab dagangan perusahaan

KUALA LUMPUR: KGW Group Bhd (KGW) penyedia perkhidmatan logistik mengumumkan kerjasama dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk menubuhkan Hab Perdagangan Perusahaan.Penubuhan hab itu diwujudkan untuk memperkasakan pelajar dengan pengalaman pembelajaran secara langsung dalam dunia logistik dan e-dagang.

Penyedia perkhidmatan pengangkutan laut, pengangkutan udara dan penghantaran barang serta pergudangan dan pengedaran produk berkaitan penjagaan kesihatan dan peranti itu berkata, melalui kerjasama berkenaan, KGW berdiri sebagai entiti komersial yang menawarkan ekosistem untuk latihan secara langsung.Kemudahan yang disediakan oleh KGW di UTHM termasuk bilik khusus seperti gudang, bilik pengumpulan bungkusan dan banyak lagi.

Ruang ini membolehkan pelajar mendalami aliran kerja dan operasi sebenar sistem logistik dunia. Pengarah Urusan KGW, Datuk Roger Wong, berkata KGW melahirkan rasa teruja dengan kerjasama itu dan berbangga menjadi sebahagian daripada revolusi pendidikan ini.

“Pendekatan hands-on kami bukan sahaja membezakan kami tetapi juga sejajar dengan komitmen kami untuk memupuk generasi usahawan seterusnya,” katanya di sini hari ini.

Beliau menambah, UTHM yang berpangkalan di Johor, KGW menekankan bahawa Johor akan menerajui projek berkenaan.Kerjasama itu menetapkan penanda aras bagi institusi pendidikan dan menyerlahkan komitmen Johor untuk berada di barisan hadapan dalam kemajuan teknologi dan pendidikan.”Hab Perdagangan Perusahaan akan berfungsi sebagai pusat pembelajaran untuk perdagangan import dan eksport melalui platform dalam talian seperti eBay, Amazon dan Etsy, yang menyasarkan secara khusus pasaran Amerika Syarikat,” ujarnya.

Dengan bekerjasama rapat dengan Kumpulan KGW, pelajar UTHM akan mendapat pemahaman tentang pengurusan rantaian bekalan global dan ekosistem e-dagang.Di samping itu katanya, di luar pengetahuan teori, perkongsian ini memupuk pemahaman praktikal pelajar tentang sistem logistik.

Loading...
Terkini