comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] Khidmat pekerja asing 3 subsektor ditamatkan

 

Oleh : Amanda Lopez

SELANGOR: Perkhidmatan pekerja asing menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk gedung tekstil, kedai gunting rambut dan kedai emas ditamatkan secara berperingkat.

Arahan yang berkuat kuasa 15 Mac 2023 dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen, berasaskan perakuan jemaah menteri pada tahun 2020.

Pengusaha perniagaan terbabit mendesak kerajaan untuk segera menarik balik arahan itu yang dikatakan memberi impak kepada survival mereka.

Foto hiasan

Menurut Pekeliling Jabatan Imigresen bertarikh 28 Februari, majikan sub sektor kedai tekstil, kedai gunting dan kedai emas tidak lagi dibenarkan memperbaharu permit PLKS untuk pekerja mereka 15 Mac 2023.

Majikan berkenaan perlu menyelesaikan urusan penghantaran pulang semula pekerja asing sebelum permit PLKS tamat pada tahun 2024.

Presiden, Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA), Datuk Abdul Malik Abdullah berkata ini merupakan satu benda yang tidak boleh diterima oleh ahli kami terutama sekali apabila kami berada di situasi yang masih nyawa-nyawa ikan lepas Covid-19, selepas banjir dengan kenaikan barang mentah dan kenaikan gaji dan sebagainya.”

“Oleh yang demikian, kami merayu kepada pihak kerajaan supaya patuh dengan konsep Madani ini memberi perhatian yang telus untuk membantu semua jenis perniagaan dan semua kaum”katanya kepada Tv3.

Dianggarkan tiga subsektor ini memerlukan 15,000 pekerja asing bagi memastikan kelangsungan perniagaan.

Presiden, Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur & Selangor, Nivas Ragavan berkata “Banyak perniagaan kecil telah alami kerugian semasa Covid-19, 2-3 tahun lalu, sekarang semua PMKS sedang dalam proses untuk memastikan perniagaan mereka sejak turun termurun ini tidak ditutup. Oleh itu kerajaan harus prihatin.”

Beliau meminta tiga subsektor berkenaan dimasukkan dalam program rekalibrasi tenaga kerja yang membolehkan pekerja terbabit terus bekerja secara sah.

Surat Pekeliling Jabatan Imigresen itu tidak memperincikan sebab di sebalik penamatan itu.

Loading...
Terkini