comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kilang baharu bantu FGV penuhi pasaran produk premium

Mohamad Nizar (tengah) merasmikan Kilang Fract750 yang terletak di Pelabuhan Kuantan. – FOTO: Nizar Najib/ Facebook

KUANTAN: FGV Holdings Bhd (FGV) melakar sejarah dengan perasmian Kilang Fract750 yang dibina di kawasan Pelabuhan Kuantan.

Kemudahan ini mencerminkan perkembangan strategik FGV untuk memenuhi permintaan pasaran bagi penawaran produk premium seperti High IV Olein (IV60-IV65) dan hard stearin.

Majlis Perasmian Kilang Fract750 dirasmikan oleh EXCO Pelaburan, Industri, Sains, Teknologi & Inovasi Pahang, Datuk Mohamad Nizar Najib.

Kemudahan terbaharu ini mencerminkan perkembangan strategik FGV dalam meluaskan dan mempelbagaikan penawaran produk FGV, termasuk serbuk stearin, lemak koko setara (CBE) dan pengganti lemak koko (CBS), dalam usaha bagi memenuhi permintaan pasaran.

Mohamad Nizar berkata, kilang penapisan baharu ini bukan sahaja membolehkan FGV meneroka bidang baharu dalam produk lemak khusus tetapi turut menyumbang kepada pembangunan industri di Kuantan.

“Ini akan menyumbang kepada kemakmuran ekonomi tempatan, sekali gus menjadikan Kuantan sebagai hab untuk produk lelemak inovatif dan premium, yang berpotensi menarik pelaburan dan peluang perniagaan baharu,” katanya.

Beliau menambah, dengan teknologi moden yang diterapkan, kilang baharu ini akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia tempatan di Pahang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini