comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

KL tuan rumah persidangan, pameran terowong bawah tanah

Malaysia menonjolkan pencapaian luar biasa dalam bidang terowong dan kejuruteraan bawah tanah – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah dalam Persidangan dan Pameran Terowong Ruang Bawah Tanah Asia Tenggara (SEACETUS2024) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula 5 Mac sehingga 7 Mac 2024.

Pameran yang bertemakan Inovasi dan Pembangunan Angkasa Bawah Tanah Mampan itu adalah untuk menjadi pencetus perubahan dalam bidang terowong dan infrastruktur bawah tanah.

Ia dianjurkan oleh Institusi Juruteru Malaysia (IEM) dan diperakui oleh Kongres Terowong Sedunia (ITA-AITES) di mana acara itu ditetapkan untuk mentakrifkan semula piawaian industri dan memberi inspirasi kepada penyelesaian terobosan.

Turut hadir, Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Presiden ITA, Prof Arnold Dix.

Ahli Jawatankuasa Publisiti Persidangan SEACETUS, Dr Bhavani Krishna Iyer, berkata persidangan yang menampilkan barisan pakar tempatan dan antarabangsa itu adalah untuk menerokai teknologi, teknik serta amalan terbaik bagi membentuk masa depan pembangunan ruang bawah tanah.

“Kehebatan kejuruteraan Malaysia secara langsung dapat dilihat dengan lawatan tapak teknikal ke Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Loji Rawatan Kumbahan Bawah Tanah Pantai Dua pada hari terakhir yang akan menonjolkan pencapaian luar biasa negara dalam bidang terowong dan kejuruteraan bawah tanah.

“SEACETUS2024 bukan hanya mengenai perbincangan, malah ia adalah mengenai cerapan yang boleh diambil tindakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sesi khusus akan merangkumi topik penting seperti kelestarian alam sekitar, pengurusan risiko dan pemodelan maklumat yang membuka jalan untuk masa depan yang mampan dan berdaya tahan.

“Ini bukan hanya peringkat tempatan, SEACETUS2024 juga akan menghimpunkan tokoh dan pakar dari Singapura, Thailand, Taiwan, China, Korea, Australia dan Jerman bagi memupuk kerjasama serta inovasi rentas sempadan untuk menangani cabaran industri yang lazim secara berterusan.

“Bagi menjalinkan perkongsian baharu ini, ia dapat mengembangkan rangkaian dan bertukar idea bersama profesional dari seluruh dunia.

“Sama ada anda seorang veteran berpengalaman atau pendatang baharu, SEACETUS2024 menawarkan platform yang tiada tandingan untuk berhubung, bekerjasama dan menjadi memangkin pertumbuhan dalam industri,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini