comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Konflik dalaman, MAA sokong lembaga pengarah sedia ada KNM

Pengerusi KNM, Tunku Yaacob Khyra memegang 41.81 peratus kepentingan tidak langsung dalam MAA.

KUALA LUMPUR: Pemegang saham utama KNM Group Bhd, MAA Group Bhd memberikan sokongan terhadap lembaga pengarah semasa syarikat berkenaan di tengah-tengah perebutan ahli lembaga KNM.

MAA dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia akan mengundi menentang senarai calon yang dicadangkan oleh ahli perniagaan Jerman, Andreas Heeschen untuk menggantikan lembaga pengarah semasa dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) syarikat pada 16 Oktober ini.

EGM itu mencadangkan pelantikan Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, Andreas, Edwin Silvester Das, Datuk Zaidi Mat Isa, William H Van Vliet III, Flavio Porro, dan Datuk Abd Ghani Yusof sebagai pengarah baharu.

MAA berkata, Porro dan seorang lagi calon yang dicadangkan iaitu William Van Vliet sebelum ini pernah bekerja dengan KNM sewaktu ‘tempoh kemerosotan kewangan syarikat berkenaan’.

“Porro juga adalah salah seorang daripada dua pengarah eksekutif KNM apabila syarikat ini gagal membayar bon Thailand bernilai RM354 juta pada 18 November 2021.

“Pengarah eksekutif seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya atas ketidakupayaan mereka untuk menguruskan syarikat di bawah tanggungjawab mereka, dan mempunyai kewajipan fidusiari, untuk sentiasa bertindak, demi kepentingan terbaik syarikat,” katanya.

Setakat 30 September 2022, Pengerusi KNM, Tunku Yaacob Khyra memegang 41.81 peratus kepentingan tidak langsung dalam MAA melalui Melewar Acquisitions Limited dan Melewar Equities (BVI) Ltd, yang kedua-duanya dimiliki sepenuhnya oleh Khyra Legacy Bhd (KLB).

Tunku Yaacob, seorang kerabat diraja Negeri Sembilan, adalah pemegang amanah KLB.Beliau juga adalah pemegang saham terbesar KNM dengan 9.5 peratus kepentingan tidak langsung, demikian menurut pemfailan dalam bursa tempatan syarikat bertarikh 6 Oktober lalu.

Sementara itu, MAA ialah pemegang saham utama KNM dengan 8.55 peratus kepentingan.MAA berkata, pihaknya turut memuji Ketua Pegawai Eksekutif KNM, Ravindrasingham Balasingham kerana berjaya mendapatkan keyakinan dan sokongan pemiutangnya sejak pelantikannya pada 8 November 2022.

Loading...
Terkini