comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Konflik terkini Russia-Ukraine lonjak semula harga gandum

KUALA LUMPUR: Harga gandum dunia melonjak lebih lima peratus dengan mencatat paras tertinggi harian dalam tempoh dua minggu kepada AS$8.942 (RM42.24) segantang atau AS$0.3312 (RM1.56) sekilogram, selepas Russia menarik diri daripada Perjanjian Laut Hitam.

Tindakan Russia itu dibuat susulan serangan ke atas kapalnya di pelabuhan Sevastopol di Crimea.

Langkah menarik diri daripada perjanjian itu akan menggugat bekalan bijirin itu ke peringkat global susulan keselamatan kapal pengangkut kini sudah tidak terjamin.

Russia dan Ukraine adalah antara pengeksport gandum terbesar dunia, dengan Perjanjian Laut Hitam yang dimeterai Julai lalu membantu mengurangkan tekanan ke atas harga gandum.

Menerusi perjanjian itu, kedua-dua negara menyatakan komitmen laluan selamat bagi mengangkut bijirin di Laut Hitam.Berikutan perjanjian yang dimeterai itu, harga gandum susut daripada paras tertingginya AS$12.80 (RM60.41) seantang atau 47 cent (RM2.22) sekilogram pada Mei lalu.Peningkatan harga gandum juga memberi impak kepada permintaan bijirin dan mencetuskan kebimbangan ke atas kekurangan bekalan.

Penganalisis berkata, kos perkapalan dan insurans berkemungkinan meningkat walaupun eksport menerusi laluan laut diteruskan.Bagaimanapun, mereka mendedahkan tawaran baharu dalam perjanjian dijangka memberi kesan kepada eksport Ukraine menjelang tarikh akhir bagi memperbaharui perjanjian itu pada 19 November ini.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, berkata penghantaran bijirin dari pelabuhan Laut Hitam menjadi lebih berisiko selepas Russia menggantung penyertaan.Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai syarat yang ditetapkan Moscow untuk menyertai semula pakatan itu.Katanya, perundingan diplomatik sedang dilaksanakan bersama Turkiye dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Terdahulu, Ukraine mendakwa Russia telah melancarkan serangan peluru berpandu besar-besaran di seluruh negara, selepas Kremlin menuduh Kyiv menyerang armadanya di Laut Hitam.Susulan pergolakan terbaharu, kadar penghantaran perkapalan dan insurans dijangka meningkat.

Pasaran bijirin sensitif terhadap perkembangan dalam pencerobohan Moscow selama lapan bulan ke atas Ukraine kerana kedua-dua negara adalah antara pembekal gandum terbesar di dunia.Walaupun Ukraine telah menghantar lebih sembilan juta tan barangan sejak koridor berkenaan dibuka termasuk lebih daripada empat juta tan pada bulan ini, masih ada banyak lagi kargo untuk dihantar.

Sebelum ini, di bawah perjanjian bijirin yang diuruskan oleh PBB, Pusat Penyelarasan Bersama (JCC) yang terdiri daripada pegawai PBB, Turkiye, Russia dan Ukraine bersetuju mengenai pergerakan kapal dan memeriksa kapal.Lebih 9.5 juta tan jagung, gandum, produk bunga matahari, barli, biji sawi dan soya telah dieksport dari Laut Hitam sejak Julai lalu.– BERITA HARIAN

Loading...
Terkini