comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Konsep wakaf haji mampu tangani tekanan kos, kurangkan subsidi 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: “Sudah tiba masanya untuk Tabung Haji memperkenalkan konsep wakaf haji bagi menangani tekanan pemberian subsidi kepada jemaah.”

Itu pandangan Pakar Ekonomi, Prof. Barjoyai Bardai yang percaya konsep wakaf ini mampu menangani isu kenaikan kos haji yang meningkat saban tahun, sekali gus membantu golongan berpendapatan rendah menunaikan rukun islam kelima itu.

“Kita perlu mencari jalan penyelesaian dengan mewujudkan satu tabung yang mungkin boleh dipanggil sebagai tabung rahmah atau tabung wakaf.

“Ia perlu dimulakan dengan menggesa atau memujuk kumpulan (jemaah) yang telah selesai mengerjakan haji tetapi masih mempunyai baki simpanan dalam tabung haji untuk melaburkan wang mereka sebahaian atau keseluruhannya ke dalam tabung rahmah ini,” katanya kepada Buletin TV3.

Melalui konsep ini, beliau berkata pulangan tahunan akan digunakan untuk membantu kumpulan haji pada masa akan datang.

Jika wakaf haji dilaksanakan, TH dan kerajaan tidak perlu memberi subsidi kepada jemaah kerana ia akan ditampung tabung wakaf haji.

Bagaimanapun, TH atau kerajaan boleh membantu menambah simpanan tabung wakaf melalui peruntukan khusus.

“Masalah yang wujud ialah tahun demi tahun kerajaan terpaksa memperuntukkan belanjawan yang besar hampir RM400 juta untuk menghantar 30, 000 orang untuk menunaikan haji.

“Persoalannya, adakah ini lestari dan sampai bila kerajaan mampu melakukan ini.”ujarnya.

Tahun ini, TH meneruskan bantuan kewangan haji secara bersasar dengan menyediakan lebih RM400 juta bagi menampung sebahagian daripada kos jemaah haji kumpulan B40 dan M40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu.

Sebelum ini, TH memaklumkan akan meneruskan bantuan kewangan haji secara bersasar, walaupun kos ibadat itu naik kepada RM30,850, berbanding RM28,632 tahun lalu.

Bayaran haji jemaah muassasah kumpulan B40 kekal seperti kadar tahun lalu, iaitu RM10,980.

Ini susulan kerajaan bersetuju menanggung kenaikan kadar bayaran berjumlah RM1,000 bagi kategori itu untuk musim haji 1444H/2023M.

Loading...
Terkini