comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

KPK, MOSTI setuju bekerjasama galakkan inovasi, automasi, mekanisasi bagi industri sawit

KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menggalakkan pelbagai inovasi, automasi dan mekanisasi bagi industri sawit negara.

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata persetujuan mengenai perkara itu telah dicapai semasa perbincangan dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang semalam.

Perbincangan itu adalah mengenai pembangunan teknologi bagi penuaian sawit, katanya menerusi hantaran di X pada Rabu.

“Oleh dengan ini kami mengalu-alukan MOSTI, penyelidik, usahawan teknologi dan pihak berkepentingan yang lain dalam ekosistem ini untuk melakukan inovasi serta adaptasi teknologi yang maju bagi membantu industri sawit Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini