comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

KUSKOP mohon peruntukan pembangunan RM666 juta dalam Belanjawan 2023

Peruntukan RM666 juta akan digunakan untuk 180 projek dan program pembangunan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS).

Oleh Juliana Pija Ismail

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memohon peruntukan pembangunan sebanyak RM666 juta bagi belanjawan 2023 yang akan dibentangkan nanti.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk 180 projek dan program pembangunan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS).

Tambahnya, kajian semula Rancangan Malaysia ke-12 juga dapat memberi tumpuan dan belanjawan tambahan untuk PMKS.

“Mudah-mudahan apa yg kita minta ni iaitu triple 6 ini kita akan dapat daripada Kementerian Kewangan.Sebenarnya, permintaan ini bukan daripada Kementerian, ia adalah permintaan daripada PMKS kita, jadi kalau ini dapat diberi ia dapat membantu banyak PMKS dan juga individu” katanya yang ditemui ketika Majlis Pelancaran Pelan Strategik KUSKOP 2023.

Dari kiri YB Senator Puan Saraswathy Kandasami (Timbalan Menteri KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick (Menteri KUSKOP) YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad Ketua Setiausaha, KUSKOP.

Pelan Strategik KUSKOP 2023 berpaksi kepada tiga objektif utama iaitu menyediakan ekosistem kondusif yang menyokong pemulihan, mempertingkat daya tahan usahawan pasca pandemik dan memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan yang efektif.

Bagi merealisasi objektif yang disasarkan, 5 teras strategik, 24 strategi dan 185 program dan projek telah dirangka merangkumi penggubalan dasar, tadbir urus dan kawal selia, pembangunan kapasiti, akses pembiayaan, akses pasaran, adaptasi teknologi dan pengukuhan penyampaian perkhidmatan.

Pelan itu dijangka memanfaatkan 543,080 usahawan dan bakal usahawan.

Loading...
Terkini