comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

KWAP mampu raih sasaran saiz dana kasar RM200 bilion menjelang 2025

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran saiz dana kasar RM200 bilion menjelang 2025 walaupun berdepan jangkaan pelbagai cabaran pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWAP Nik Amlizan Mohamed berkata saiz dana kasar KWAP pada masa ini berjumlah lebih daripada RM175 bilion.

Beliau berkata demikian kepada media sempena lawatan Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan ke KWAP di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pelaburan Hazman Hilmi Sallahuddin pula berkata KWAP akan terus agresif dalam pelaksanaan pelaburannya bagi tahun ini.

“Pasaran secara amnya agak mencabar tahun ini. Kami agak positif mengenai langkah China membuka semula ekonominya, namun selepas itu berlaku pula krisis perbankan (di peringkat global).

“Sehubungan itu, tahun ini berkemungkinan menjadi tahun yang mencabar. Namun, kami lebih optimis terhadap tempoh separuh kedua 2023,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa keadaan tersebut tidak akan menjejaskan strategi pelaburan KWAP bagi 2023 dan berharap keadaan pasaran akan terus meningkat. – BERNAMA

Loading...
Terkini