comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] KWSP akan perkenal perkenal skim simpanan baharu dalam tempoh 2 tahun 

 


Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, (KWSP) bakal memperkenalkan skim simpanan baharu untuk ahlinya dalam tempoh 2 tahun lagi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn, badan itu meneliti beberapa opsyen termasuk skim pencen kebangsaan dan skim pengeluaran secara bulanan sebelum keputusan dibuat.

Menurut KWSP, skim baharu itu memberi penekanan kepada meluaskan jaringan liputan dalam kalangan rakyat Malaysia dan memastikan ahli mempunyai simpanan mencukupi selepas bersara.

Statistik menunjukkan, hanya 20 peratus ahli mempunyai simpanan asas RM240,000 apabila mencapai usia 55 tahun.

Langkah ini juga seiring saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu reformasi rangka kerja pencen dan persaraan bagi memastikan keselamatan kewangan dan ekuiti untuk semua rakyat.

“Pencen macam ada “state” pencen atau pencen kebangsaan yang pencen kebangsaan itu mungkin lebih sikit daripada caruman tetapi akan memberi pendapatan asas, t(he basic punya income) bila dah warga emas nanti. Salah satu dasar yg sedang kita teliti dan selidik sekarang ini, insyallah kita akan propose nanti.” kata beliau dalam satu temu bual eksklusif dengan TV3 di luar Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa KWSP 2024.

Tambah beliau, hanya 60 peratus warga kerja Malaysia mempunyai perlindungan atau tabungan semasa persaraan.

Daripada jumlah itu, 50 peratus ahli KWSP, manakala 10 peratus penjawat awam berpencen.

“Secara ideal, kita nak naikkan 60% ini kepada 100%. yg tidak mempunyai liputan sekarang ini adalah pekerja-pekerja seperti pekerja gig, pekerja informal , usahawan dan sebagainya. Jadi penting dari segi dasar negara kita naikkan ini agar semua orang mempunyai liputan simpanan apabila bersara nanti.”jelasnya lagi.

Tambah beliau, KWSP telah memperkenal beberapa skim untuk menggalakkan rakyat Malaysia mencarum untuk masa depan mereka.

Antaranya, program i-Saraan KWSP dan program i-Suri yang diberi insentif padanan oleh kerajaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini