comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

KWSP i-Lindung Fasa 2: Ahli boleh beli perlindungan insurans & takaful untuk ahli keluarga

KUALA LUMPUR: Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menggunakan dana dalam Akaun 2 untuk membeli produk insurans dan takaful yang terdiri daripada perlindungan nyawa dan penyakit kritikal untuk ahli keluarga terdekat menerusi i-Lindung Fasa 2 di bawah Pelan Perlindungan Ahli.

Ahli yang ingin membeli produk insurans dan menyertai produk takaful yang ditawarkan oleh syarikat insurans dan pengendali takaful yang diluluskan KWSP untuk diri sendiri atau ahli keluarga terdekat boleh melakukannya melalui platform i-Lindung yang terkandung dalam aplikasi KWSP i-Akaun.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, sejak dilancarkan pada Julai 2022 hingga Disember 2023, lebih 102,301 ahli telah membeli sejumlah 118,166 polisi dan produk takaful melalui platform i-Lindung, yang meliputi insurans nyawa dan insurans penyakit kritikal pada premium yang berpatutan daripada Akaun 2.

Katanya, susulan daripada sambutan yang menggalakkan ini, KWSP telah memperkenalkan penambahbaikan yang memfokuskan kepada pengurusan polisi dan sijil, yang ditujukan untuk perlindungan lanjutan melebihi satu tahun.

“Penambahbaikan ini merupakan satu kemajuan penting dalam evolusi platform i-Lindung, yang menggabungkan produk perlindungan jangka panjang untuk ahli KWSP dan keluarga tersayang.

“Platform yang dinaik taraf ini menawarkan ciri-ciri mesra pengguna bagi memudahkan pengurusan polisi yang diperkemas dan pembayaran berulang yang mudah untuk perlindungan jangka panjang,” katanya.

Ahli boleh merujuk laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000 untuk maklumat lanjut mengenai i-Lindung.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini