comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

LBS raih hasil tertinggi dalam sejarah RM1.83 bilion

Tan Sri Dr Lim Hock San

KUALA LUMPUR: Pemaju perumahan terkemuka pilihan rakyat, LBS Bina Group Bhd (LBS) mencatatkan keuntungan selepas cukai RM159 juta bagi tahun kewangan berakhir 2023, peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pertumbuhan ini disokong oleh peningkatan hasil sebanyak enam peratus, mencecah RM1.83 bilion, tertinggi pernah dicatatkan kumpulan.

Lonjakan ini dipengaruhi daripada peningkatan aktiviti pembinaan projek pembangunan yang sedang rancak berjalan.

Bagi suku keempat tahun berakhir 31 Disember 2023, LBS memperolehi hasil sebanyak RM596.7 juta, merekodkan peningkatan keuntungan sebanyak 58.9 peratus berbanding suku yang sama tahun lalu, yang merekodkan RM375.6 juta.

Peningkatan ketara hasil ini sebahagian besarnya adalah berikutan peningkatan sebanyak 60.2 peratus di segmen pembangunan hartanah, yang menyumbang RM571.2 juta kepada jumlah keseluruhan hasil.

Keuntungan selepas cukai kumpulan juga mencatat peningkatan tinggi, mencecah RM41.1 juta sekali gus membawa kepada peningkatan 31.2 peratus.

Segmen pembangunan hartanah, mengukuhkan kedudukannya sebagai penyumbang utama hasil kumpulan, iaitu sebanyak 95.9 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini