comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Lebih 100,000 individu yang layak tiada rekod cukai

FOTO: NSTP

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Lebih 100,000 pemilik kenderaan diesel yang layak mendapat Budi Madani, tidak memohon untuk mendapatkan subsidi tunai itu kerana dipercayai tiada rekod cukai.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, golongan ini mewakili sekitar 33 peratus daripada 300,000 pemilik yang layak bagi skim ini.

“Terdapat kemungkinan di antara individu yang layak, namun sebab tertentu yang tidak ingin memohon.”

“Berdasarkan data LHDN,di kalangan yang layak diperhatikan lebih 100,000 individu tiada rekod mengemukakan borang nyata cukai pendapatan untuk sekurang-kurangnya 5 tahun walaupun di bawah umur persaraan.

Manakala kebanyakan daripada yang tidak mohon bantuan tunai, juga tiada rekod cukai dengan LHDN.” katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Abdul Khalib di Parlimen, siang tadi.

Setakat 1 Julai, 115,000 pemilik kenderaan diesel diluluskan menerima bantuan tunai Budi Individu.

Berdasarkan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terdapat hampir 1.2 juta kenderaan persendirian diesel.

Jumlah itu termasuk beberapa kategori yang tidak layak untuk budi individu seperti kenderaan persendirian milik syarikat dan kenderaan yang luput cukai jalan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini