comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Lebihan akaun semasa suku pertama turun kepada RM4.3 bilion

KUALA LUMPUR: Imbangan Akaun Semasa (CAB) Malaysia terus mencatat lebihan pada nilai RM4.3 bilion atau 1.0 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada suku pertama 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jumlah itu adalah penurunan daripada RM27.5 bilion (5.9 peratus daripada KDNK) bagi suku sebelumnya.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata lebihan CAB pada suku ini disokong terutamanya oleh eksport bersih barangan.

“Akaun barangan mencatat eksport bersih RM39.9 bilion pada suku pertama 2023, susut sebanyak 30.9 peratus suku ke suku.

“Eksport barangan pula berjumlah RM261.5 bilion, turun 17.6 peratus berbanding suku akhir 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.Mohd Uzir berkata eksport utama adalah elektrik dan elektronik (E&E); produk petroleum dan kimia terutamanya ke Singapura, China dan Amerika Syarikat (AS).

Pada masa sama, import barangan turun 14.6 peratus suku ke suku kepada RM221.6 bilion dengan . import utama negara ini adalah barangan perantaraan, modal dan penggunaan terutamanya dari China, Singapura dan Taiwan.

“Akaun perkhidmatan mencatat defisit lebih tinggi sebanyak RM12.8 bilion pada suku pertama 2023, berikutan aktiviti perjalanan menunjukkan lebihan lebih rendah manakala pembinaan berubah daripada lebihan kepada defisit.

“Eksport perkhidmatan bernilai RM41.0 bilion berbanding RM43.8 bilion pada pada suku sebelumnya.

Eksport perjalanan merangkumi perbelanjaan pelawat asing di Malaysia adalah penyumbang utama bagi eksport perkhidmatan yang mencatat nilai tertinggi RM12.3 bilion, peningkatan sederhana sebanyak 0.4 peratus berbanding suku sebelumnya,” katanya.

Loading...
Terkini