comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

LZS terus catat prestasi cemerlang, rekod agihan, kutipan zakat lebih RM1 bilion

Foto hiasan

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan prestasi cemerlang dengan merekodkan kutipan serta agihan zakat melebihi RM1 bilion pada 2023, sekali gus menambah baik kehidupan lebih 350,000 penerima zakat di negeri itu.

Pengerusinya Tan Sri Syed Anwar Jamalullail berkata, untuk agihan zakat bagi tahun berakhir 31 Disember 2023, LZS telah mengagihkan sebanyak RM1.15 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 9.7 peratus berbanding RM1.05 bilion pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata daripada jumlah agihan itu, sebanyak 70,600 keluarga di bawah asnaf fakir dan miskin serta individu muallaf merupakan penerima paling ramai.

“Peningkatan berterusan agihan zakat pada 2023 juga disokong 60,776 pembayar zakat baharu, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pembayar zakat seramai 398,184 orang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada majlis itu, Syed Anwar turut melancarkan Laporan Kelestarian LZS 2023,  laporan pertama seumpamanya dikeluarkan oleh institusi zakat, antara lain sebagai panduan kepada lembaga itu dalam meningkatkan taraf hidup komuniti asnaf, menegakkan amanah dan integriti, memupuk bakat serta melindungi alam sekitar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini