comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

MAG perkenal platform MHPlus

Pengarah Urusan MAG, Izham Ismail 

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) memperkenalkan MHPlus, platform keupayaan pengedaran baharu (NDC) Malaysia Airlines, untuk meningkatkan keupayaan komunikasi dan membolehkan kerjasama yang lebih erat antara syarikat penerbangan MAG dan rakan dagangnya.

Pengarah Urusan MAG, Izham Ismail, berkata pengenalan MHPlus dan saling hubungan (antara muka) pengguna penjual NDC syarikat penerbangan, MHAgentPlus, bertujuan antaranya meningkatkan keupayaan komunikasi untuk ejen pelancongan, rakan kongsi dan pelanggannya.

“(Ia adalah) pencapaian penting dalam menjadi kumpulan perkhidmatan pengembaraan dan penerbangan terkemuka di Asia sambil kami terus memanfaatkan teknologi baharu untuk menyediakan pihak berkepentingan kami dengan lebih banyak tawaran yang disusun mengikut keperluan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Di bawah fasa satu pelaksanaan NDC, platform pelancongan terkemuka Asia Tenggara Traveloka dan agensi pelancongan perniagaan Traveloka and Holiday Tours & Travel bekerjasama dengan Malaysia Airlines untuk menikmati akses yang lebih meluas kepada kandungan udara, promosi pemasaran langsung dengan ejen dan rakan kongsi pengembaraan, penawaran produk yang lebih peribadi dan promosi yang disesuaikan berdasarkan profil pengguna yang berbeza-beza.

“Kami berbesar hati melancarkan fasa perintis ini bersama rakan kongsi kami kerana ia menandakan satu langkah penting ke hadapan dalam perjalanan NDC kami untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan pengembara,” kata Izham.

NDC ialah program industri pelancongan yang disokong oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa yang membolehkan syarikat penerbangan memodenkan cara produk dijual kepada ejen pelancongan dan pengembara dengan perkhidmatan yang disusun dan penawaran produk yang dipertingkatkan, justeru menambah baik pengalaman pelanggan secara keseluruhan.

MAG berkata, MHPlus disasarkan bermula pada separuh kedua 2023.-BERNAMA

Loading...
Terkini