comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

MAG sah fail injunksi terhadap Airasia, perbicaraan Ogos 2023

Izham pada sidang media MAG di Petaling Jaya, hari ini. – FOTO: Ihsan MAG

Oleh Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) mengesahkan telah memfailkan injunksi untuk menghalang AirAsia daripada menjual tiket Malaysia Airlines.

Pengarah urusan kumpulannya, Kapten Izham Ismail berkata injunksi itu difailkan tahun lalu apabila kedua pihak gagal mencapai persetujuan komersial.

Jelas beliau, AirAsia telah membeli tempat duduk daripada agregator dan penyatu meskipun syarikat penerbangan tambang rendah itu diiktiraf sebagai agensi pelancongan dalam talian (OTA).

Agregator dan penyatu dalam konteks ini ialah kiwi.com yang bukan rakan kongsi MAB, namun mengambil inventori daripada rakan kongsi mereka.

FOTO: Ihsan MAG

“Jika penerbangan anda dibatalkan, ditangguhkan, terganggu, itu yang menjadi masalahnya. Ini kerana kami tidak mempunyai butiran anda. ”

“Jadi anda membeli tiket anda dengan orang lain dan anda ingin menuntut bayaran balik, perkara seterusnya yang anda tahu mereka akan mengatakan itu bukan masalah mereka, masalah syarikat Malaysia Airlines tetapi kami tidak tahu rekod nama penumpang (PNR) anda.”

“Itulah isu sebenar. Perjanjian komersial sebenarnya adalah untuk melindungi penggunan bukan untuk membuat untung semata-mata” katanya pada sidang media pada taklimat media mengenai Prestasi Tahunan MAG 2022, hari ini.

Izham berkata, sebanyak 60 peratus daripada inventori telah dijual secara terus daripada laman web MAB, sebanyak 20 hingga 30 peratus melalui ejen pelancongan dan lima peratus daripada pejabat tiket manakala 12 peratus daripada OTA.

FOTO: Ihsan MAG

Dalam pada itu, beliau yakin MAG dapat kembali mencatat untung tahun ini jika pergerakan harga bahan api dan tukaran asing memihak kepadanya.

Kata beliau, aliran tunainya kukuh dengan baki tunai kumpulan kini cecah hampir RM5 bilion setakat ini.

Kerugian bersih selepas faedah dan cukai kumpulan bagi tahun ini telah susut 79% ke RM344 juta berbanding RM1.65bilion direkod tahun sebelumnya.

Loading...
Terkini