comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Malakoff, 10 syarikat DRB-Hicom meterai projek solar

Malakoff, 10 syarikat DRB-Hicom meterai projek solar.

SHAH ALAM: Malakoff Corporation Bhd menerusi anak syarikatnya, Malakoff Radiance Sdn Bhd, mengembangkan portfolio solar menerusi perjanjian pembelian tenaga solar (SPPA) dengan 10 syarikat dalam kumpulan DRB-Hicom membabitkan pelaburan kira-kira RM50 juta.

Syarikat terbabit antaranya Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) Sdn Bhd, PMB Properties Sdn Bhd, ISUZU HICOM Malaysia Sdn Bhd, HICOM Automotive Manufactures (Malaysia) Sdn Bhd, CTRM Aero Composites Sdn Bhd, HICOM Teck See Manufacturing Malaysia Sdn Bhd, DRB-HICOM Bhd, DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd, Defence Services Sdn Bhd dan PHN Industry Sdn Bhd.

Perjanjian itu membabitkan pembangunan, operasi dan penyelenggaraan sistem fotovolta suria di 14 lokasi yang terletak di Selangor, Perak, Kedah, Melaka dan Pahang.

Dengan jumlah kapasiti 20.78 MWp dan jumlah penjanaan elektrik sebanyak 26,546.45 MWj setahun, projek terbabit dijangka menyumbang peranan penting kepada pengurangan tahunan sebanyak 20,706 tCO2e (tan karbon dioksida) bersamaan dengan penyerapan karbon seluas 23,204.56 ekar hutan, mengimbangi karbon dioksida daripada atmosfera.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib, berkata syarikat itu dengan jelas telah mengembangkan portfolio tenaga boleh baharu (RE) secara eksponen, sekali gus meluaskan jangkauan dan berinovasi dengan cara yang di luar jangkaan.

“Hari ini, kita menyaksikan perkongsian strategik di antara Malakoff Radiance dan DRB Hicom Group of Companies untuk membangun, mengendali dan menyelenggara sistem fotovolta solar di 14 lokasi di Selangor, Perak, Kedah, Melaka, dan Pahang.

“Fasa pertama projek dengan kumpulan syarikat DRB-HICOM telah siap pada 2022 dengan jumlah kapasiti 14.6MWp, dengan jumlah penjanaan elektrik sebanyak 18,000 MWj setahun.

“Dengan tambahan 6.2MWp untuk projek fasa kedua ini, kami berharap dapat meningkatkan penjimatan elektrik dan mengurangkan pelepasan karbon,” katanya pada majlis pertukaran dokumen SPPA itu di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar Syahrin berkata, Malakoff percaya bahawa berkembang secara mampan bukan hanya perkara yang bertanggungjawab untuk dilakukan, tetapi ia juga mewakili pilihan yang paling berdaya maju untuk syarikat itu.

Loading...
Terkini