comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Malaysia bakal raih manfaat peningkatan permintaan semikonduktor – Siemens

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Malaysia berada pada kedudukan terbaik untuk memenuhi peningkatan permintaan dalam pasaran semikonduktor, kata syarikat perunding kejuruteraan, Siemens Malaysia Sdn Bhd.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia, Tindaro Danze berkata negara ini sedang menerajui dalam pembinaan kemampanan yang lebih besar ruang semikonduktor seperti fabrikasi wafer dan reka bentuk litar bersepadu (IC).

“Pasaran semikonduktor Asia Pasifik (APAC) diunjurkan menikmati pertumbuhan dua angka pada 2024, secara ringkasnya, permintaan semakin melonjak dan Malaysia dalam kedudukan bagi memenuhi pesanan berkenaan.

“Sikap sudah berpuas hati, bagaimanapun, mampu menjadikan negara ini tertewas kepada pemula baharu di rantau ini,” katanya.

Tahun lalu, Malaysia memperoleh 13 peratus daripada bahagian pasaran ujian pembuatan global dan mengeksport produk semikonduktor bernilai hampir RM580 bilion.

Sementara itu, Danze berkata ketika dunia terus menerima kemampanan dan ekonomi kitaran dalam amalan perniagaan, pengeluar cip, tidak kira di mana mereka berada dalam rantaian bekalan, harus melakukan perkara yang sama.

“Kami berada di titik yang mana, mesin yang dipakai dalam pembungkusan, ujian serta yang merentasi faundri dan loji IC, sedang direka bentuk dengan platform pereka konsep mekatronik, yang disepadukan dengan kuasa kecerdasan buatan (AI) berasaskan fizik ‘kembar digital’.

“Mesin ini boleh dikendalikan dan diuji tekanan dalam persekitaran maya, membolehkan syarikat melaksanakan peluang yang berkos efektif serta berisiko rendah untuk meramalkan prestasi selain mengoptimumkan operasi dan melaksanakan penambahbaikan, semuanya tanpa menanggung kos pembinaan prototaip fizikal,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini