comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Malaysia cadang kategori entiti perniagaan ASEAN bagi memupuk pertumbuhan serantau

 

KUALA LUMPUR: Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) bab Malaysia akan mencadangkan agar negara-negara ASEAN mengiktiraf kategori yang dipanggil Entiti Perniagaan ASEAN (ABE) untuk memupuk syarikat yang bukan bersifat tempatan atau global bagi merangsang lebih banyak perniagaan serantau.

Menurut Pengerusi ASEAN-BAC Malaysia Tan Sri Nazir Razak setelah diperakui sebagai ABE, sesebuah syarikat boleh menikmati insentif serta keistimewaan yang diberikan oleh negara anggota termasuk akses pasaran yang lebih besar.

Nazir, merupakan Pengerusi ASEAN-BAC Malaysia dari 2023 hingga 2026 menjelaskan syarikat yang diperakui ABE boleh menjalankan penyumberan pihak ketiga seperti operasi teknologi maklumat (IT) di negara ASEAN yang lain.

“Saya ingin melihat lebih banyak transaksi sebenar untuk merangsang urus niaga antara syarikat ASEAN,” katanya ketika ditanya mengenai jangkaan sektor swasta Malaysia apabila Malaysia mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN menjelang 2025,” katanya kepada Bernama hari ini.

Malaysia akan menjadi tuan rumah seterusnya sidang kemuncak ASEAN tahun ini termasuk mempengerusikan mesyuarat ASEAN-BAC serantau dan mesyuarat berkaitan, manakala Laos menjadi penganjur sidang kemuncak ke-44 2024, bertemakan ‘ASEAN: Meningkatkan Kesalinghubungan dan Ketahanan.’

ASEAN yang merangkumi Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam menawarkan potensi besar untuk transaksi antara wilayah, dengan pangkalan pengguna melebihi 700 juta.

Ia juga merupakan blok ekonomi ketiga terbesar di dunia, kemasukan Timor Leste sebagai anggota ke -11 akan mengembangkan lagi pasarannya, negara itu kini berstatus pemerhati.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini