comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Malaysia mampu kekal peserta utama semikonduktor global – Siemens

KUALA LUMPUR: Malaysia mampu kekal sebagai peserta penting dalam pasaran semikonduktor global dengan meningkatkan kapasiti dan menarik lebih banyak pelaburan ke dalam sektor ini, kata syarikat teknologi, Siemens Malaysia Sdn Bhd.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tindaro Danze berkata, perkembangan teknologi yang berterusan dan pelaburan adalah penting kerana banyak sub-industri bergantung kepada semikonduktor, yang mencerminkan sifat saling berkaitan antara teknologi moden dan pembuatan.

Selain itu, industri semikonduktor adalah penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia, menyumbang antara 25 peratus hingga 30 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara.

“Ini menunjukkan bahawa sebahagian besar output ekonomi Malaysia berkait rapat dengan sektor semikonduktor,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Semicon Asia Tenggara 2024.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 75 kilang fabrikasi semikonduktor (fabs) di Asia Pasifik, dan Malaysia menempatkan lapan daripada kilang-kilang ini, menunjukkan kedudukan penting negara dalam landskap semikonduktor serantau.

“Malaysia perlu mengekalkan langkah dengan trend ini untuk mengelakkan ketinggalan di belakang negara-negara lain,” tambahnya.

Danze berkata, Malaysia sedang berusaha menarik pelaburan yang besar tahun ini, daripada syarikat seperti Infineon Technologies AG, yang mana sudah menunjukkan prospek positif untuk negara.

“Peserta global sangat berhati-hati di mana mereka meletakkan pelaburan mereka dan mereka ingin mempelbagaikan.

“Mereka belajar dari masa COVID-19. Mereka tidak mahu meletakkan semua telur dalam satu bakul, jadi mereka mencari alternatif. Malaysia adalah alternatif yang baik kerana ekosistem yang diperlukan untuk menyokong semikonduktor sudah ada di sini,” katanya.

Danze berkata Siemens bukan sahaja sebuah syarikat pembuatan tetapi juga melihat kepada utiliti, seperti industri bekalan air.

Ia sedang berbincang dengan kerajaan negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah air negeri.

Menurut Danze, Selangor mempunyai rangkaian paip air yang luas kira-kira 35,000 kilometer.

Beliau menekankan bahawa saluran paip sudah lama, yang boleh menyebabkan kebocoran dan air bukan hasil (non-revenue water) yang merujuk kepada air yang dihasilkan tetapi tidak dibilkan kepada pelanggan disebabkan oleh kebocoran dan pembaziran.

Beliau berkata air bukan hasil menyumbang antara 25 peratus hingga 30 peratus kehilangan air terawat di Malaysia berbanding lima peratus di beberapa negara lain (negara Eropah).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini