comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Mercu 2023 realisasi aspirasi keusahawanan bumiputera 

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

KUALA LUMPUR: Program MERCU 2023 anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) memberi manfaat kepada usahawan dan bakal usahawan yang memerlukan bimbingan serta informasi terkini melalui program dan aktiviti ditawarkan Mara sekali gus merealisasikan Aspirasi Keusahawanan Bumiputera.

Pengerusi MARA,Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata selain menyampaikan informasi mengenai kemudahan keusahawanan yang ditawarkan MARA, program itu juga membuka laluan kepada usahawan memperluas akses pasaran.

“Kita hendak menggembleng seberapa ramai usahawan Bumiputera Melayu untuk terlibat secara aktif, bukan sekadar terima pembiayaan lepas itu dia hanya tunggu untuk bayar balik tetapi dari semasa ke semasa, rangkaian itu penting.

“Kita hendak wujudkan satu ekosistem rangkaian dalam dunia perniagaan ini penting terutama usahawan baharu bertapak, apatah lagi untuk kita memacu dari segi pembangunan dan kelestarian untuk mereka bertahan dalam satu-satu industri,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program MERCU 2023 di sini hari ini.

Beliau berkata selain menawarkan kemudahan pembiayaan perniagaan, MARA komited untuk merangsang pertumbuhan ekonomi usahawan Bumiputera menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk pementoran, padanan perniagaan dan memperluas pasaran produk usahawan di dalam dan luar negara.

Selain itu, Asyraf Wajdi berkata kerajaan turut meluluskan peruntukan tambahan RM100 juta bagi kemudahan pembiayaan perniagaan pada tahun ini, yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1,000 usahawan.

Loading...
Terkini