comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Mesyuarat model dwirangkaian 5G dijangka minggu depan

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

Oleh: Afrina Romzi

CYBERJAYA: Mesyuarat mengenai pelaksanan model dwirangkaian 5G dijangka diadakan minggu depan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata beliau telah meminta pertemuan dibuat bersama pasukan petugas 5G dengan kementerian terlibat.

“Saya difahamkan akan ada beberapa perbincangan. Saya telah meminta pasukan petugas 5G diadakan untuk mengadakan pertemuan. Kami akan mengadakan perbincangan, saya sendiri, dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Digital,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber (CCoE) Blackberry yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Jelas beliau, Kementerian Digital menyelia aspek harian pengendalian Digital Nasional Berhad (DNB). Manakala Kementerian Komunikasi terlibat dengan landskap keseluruhan berkaitan spektrum, infrastruktur dan menara.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan model dwirangkaian 5G, setelah rangkaian borong tunggal DNB mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Malaysia telah mencatat liputan 5G sebanyak 80.2 peratus pada Disember dan telah mencatat 80.3 peratus setakat Februari.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini