comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

MIDF peruntuk RM50juta pembiayaan bagi usahawan wanita

Oleh: Amanda Lopez

SELANGOR:MIDF Berhad memperuntukkan RM50 juta bagi pemerkasaan usahawan wanita menerusi program M-Wise.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azizi Mustafa berkata wanita hanya merangkumi  20 peratus daripada hampir 1.2 juta usahawan di negara ini.

“Statsitiknya masih lagi rendah. Justeru program ini adalah satu platform untuk menambahkan lagi bilangan usahawan wanita.” katanya dalam satu sidang media selepas majlis pelancaran program MIDF/ MBSB – Women (independent)
SME Entrepreneurs (M-WiSE).

Program yang dilancarkan sempena Hari Wanita Antarabangsa ini, menawarkan kadar pembiayaan serendah tiga peratus dengan tempoh pembayaran balik yang fleksibel.

Juga, 10 usahawan wanita mikro akan dipilih untuk melalui bimbingan selama lapan bulan,satu inisiatif di bawah SME Corp.

Beliau turut berharap peningkatan pembabitan usahawan wanita dalam industri bernilai tinggi dan tidak hanya terhad kepada perniagaan sektor perkhdimatan sahaja.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini