comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Minat terhadap saham mewah terpilih pacu Bursa Malaysia ditutup tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dengan lebih tinggi pada Rabu, dipacu oleh minat belian terhadap saham-saham mewah kewangan dan tenaga terpilih walaupun pasaran serantau mencatat prestasi bercampur-campur, kata peniaga.

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.79 mata untuk ditutup pada paras 1,460.62 daripada 1,454.83, semalam.

Indeks penanda aras pasaran itu dibuka menokok 0.18 mata kepada 1,455.01 dan berlegar dalam jajaran 1,454.25 hingga 1,463.04 pada sesi berkenaan.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 531 berbanding 380 manakala 458 kaunter tidak berubah, 942 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan mencatat peningkatan kepada 4.18 bilion unit bernilai RM2.13 bilion daripada 4.09 bilion unit bernilai RM2.39 bilion.

Loading...
Terkini