comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Misi francais ke Vietnam sasar pelaburan RM40 juta

Pameran Antarabangsa The 14th Vietnam International Retailtech & Franchise Show 2023 (VIETRF 2023) dijangka meraih pelaburan RM40 juta

KUALA LUMPUR: Misi perdagangan francais ke Ho Chi Minh, Vietnam bersempena Pameran Antarabangsa The 14th Vietnam International Retailtech & Franchise Show 2023 (VIETRF 2023) dijangka meraih pelaburan mencecah RM40 juta.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam satu kenyataan berkata, misi perdagangan bermula 2 hingga 4 November itu adalah program pengembangan francais yang dilaksanakan di bawah Program Pengukuhan Francais bagi Meningkatkan Eksport (EFDP).

“Misi kali ini adalah misi perdagangan kelima yang dijadualkan pada tahun ini selepas Melbourne, Bangkok, Jakarta dan Turkiye.”Untuk pengetahuan, sebanyak 360 jenama tempatan dan syarikat dari seluruh dunia dengan lebih 14,000 pengunjung hadir ke pameran VIETRF 2023,” katanya.

Delegasi KPDN diketuai oleh Pengarah Kanannya, Mohammad Sanusi Abdul Karim.

“KPDN akan membawa lebih banyak produk francais tempatan yang mempunyai kelainan tersendiri untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

Di peringkat global, jenama francais Malaysia juga telah berkembang sebagai jenama terkemuka di seluruh dunia, dengan lebih daripada 70 jenama di 80 negara.

“VIETRF 2023 adalah platform terbaik untuk usahawan francais tempatan mengembangkan perniagaan francais ke pasaran strategik di rantau ASEAN,” kata KPDN.

KPDN berkata, kementerian itu optimis syarikat yang menyertai misi perdagangan ke Ho Chi Minh akan mendapat hasil bagi pulangan pelaburan kepada negara.

“Ia adalah selaras dengan sasaran potensi pelaburan yang ditetapkan sebanyak RM40 juta bagi kesemua 12 syarikat yang menyertai misi perdagangan ini,” katanya.

Loading...
Terkini