comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

MITI akan perjelas kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Global

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan memberikan kenyataan berhubung kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Global (WCR) 2024 hari ini.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abd Aziz, berkata kementerian telah menerima laporan itu dan sedang dalam proses menyemaknya bagi memahami pelbagai isu berkaitan perdagangan global.

“Saya akan berbincang dengan pasukan MITI dan semua pihak berkaitan.”Saya akan memberikan penjelasan terperinci mengenai perkara itu petang ini,” katanya selepas Majlis Peluncuran Penyertaan Malaysia di Ekspo Dunia 2025 Osaka di sini, hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.Laporan WCR yang dikeluarkan Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) menunjukkan Malaysia berada di kedudukan ke-34 daripada 67 negara dan keempat dalam kalangan negara di ASEAN selepas Singapura, Thailand serta Indonesia.

Malaysia jatuh tujuh anak tangga daripada kedudukan ke-27 yang dicatatkan pada tahun lalu.

Penurunan Malaysia dapat dilihat dengan jelas merentasi hampir semua faktor yang dinilai termasuk prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan dan kecekapan perniagaan.

Menurut laporan terbaharu IMD, cabaran utama bagi Malaysia adalah untuk meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan bagi meningkatkan daya tahan perniagaan, mengoptimumkan pasaran buruh untuk memaksimumkan produktiviti tenaga kerja, dan mengemas kini dasar dan peraturan untuk meningkatkan daya saing global.

Cabaran lain termasuk memanfaatkan teknologi termaju untuk mempercepatkan pertumbuhan produktiviti, serta mengurangkan peningkatan kos melalui peningkatan produktiviti strategik.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini