comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] MITI akan siasat isu sekatan AS terhadap syarikat semikonduktor Malaysia


Oleh: Nurin Farhana Rishdy

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan menjalankan siasatan lanjut susulan tindakan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap sebuah syarikat Malaysia dalam sektor semikonduktor.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, MITI perlu meneliti isu ini dengan menyeluruh memandangkan syarikat tersebut adalah salah satu daripada kira-kira 300 syarikat di seluruh dunia yang dikenakan sekatan oleh AS.

“MITI perlu memahami sepenuhnya isu ini sekiranya ia benar-benar berlaku,” katanya kepada media hari ini.

Media antarabangsa melaporkan AS telah mengenakan sekatan terhadap sekitar 300 entiti, termasuk syarikat semikonduktor Malaysia, Jatronics Sdn Bhd, kerana didakwa membekalkan komponen elektronik kepada tentera Rusia.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa syarikat tersebut bukanlah pengeluar semikonduktor, tetapi syarikat perdagangan yang menjual peralatan berkaitan industri semikonduktor.

“Malaysia mengamalkan ekonomi terbuka namun perniagaan perlu dijalankan dengan cara yang betul. Oleh itu, biar siasatan dijalankan dan kita lihat hasilnya,” katanya lagi.

Tegasnya, Malaysia tidak akan bertolak ansur jika ada apa-apa yang tidak elok dilakukan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini