comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Model dwirangkaian 5G dijangka diumum pada suku kedua

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan kerajaan akan mengumumkan arahan dasar dwirangkaian 5G pada suku kedua tahun ini.

Dalam satu nota penyelidikan hari ini, firma itu berkata pengumuman itu dijangka menjelaskan kepentingan ekuiti akhir bagi setiap syarikat telekomunikasi (telco) sama ada dalam entiti A atau B.

“Sebagai ringkasannya, entiti ini akan ditubuhkan sebagai sebahagian peralihan Malaysia daripada model rangkaian borong tunggal kepada model dwirangkaian 5G,” katanya.

Kenanga IB berkata, entiti A akan mengambil alih kawalan rangkaian 5G pertama sedia ada yang dimiliki oleh Digital Nasional Bhd (DNB), manakala entiti B akan membangunkan rangkaian 5G kedua yang baharu.

Fahmi”Pada Disember 2023, syarikat telco utama seperti Celcomdigi, Maxis, Telekom Malaysia (TM), YTL Power dan U Mobile telah memeterai perjanjian langganan saham (SSA) bersyarat dengan Kementerian Kewangan dan DNB.

“Perjanjian ini disasarkan untuk selesai menjelang April 2024, yang akan menyebabkan syarikat telco secara kolektif memiliki 70 peratus kepentingan dalam DNB,” katanya.

Sementara itu, Kenanga IB menjangkakan penjanaan hasil 5G akan memberikan sokongan kepada trend purata hasil bagi setiap pengguna (ARPU) yang lemah.

“Pada masa hadapan, memandangkan penyedia perkhidmatan mudah alih kini perlu membayar caj akses 5G, kami percaya mereka sedang mencari cara untuk menjana hasil daripada 5G.

“Sebelum ini pihak yang mendapatkan akses 5G dikehendaki membayar bayaran kapasiti sasaran sebanyak RM288 juta setahun, dan RM360 juta setiap tahun dalam kes Maxis kepada DNB,” katanya.

Sebaliknya, Kenanga IB berkata bahawa keperluan kawal selia akan menghalang syarikat telco daripada mengenakan caj akses tambahan untuk perkhidmatan 5G.

“Oleh itu, pemain-pemain mudah alih telah mengubah suai rancangan 5G mereka untuk memperoleh ARPU yang lebih tinggi daripada pelanggan runcit bernilai tinggi dengan kapasiti perbelanjaan yang kukuh.

“Kami optimis terhadap pemulihan ARPU atau sekurang-kurangnya ARPU stabil pada 2024, berikutan prestasi lemah pada 2023, terutamanya dalam segmen pascabayar yang sebahagian besarnya memenuhi keperluan pelanggan mewah yang mampu memperoleh ARPU yang lebih tinggi,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini