comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Moody’s naikkan julat harga jangka sederhana MSM kepada RM3,400-RM3,800 satu tan

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Moody’s Investors Service telah menaikkan julat sensitiviti harga jangka sederhana untuk minyak sawit mentah (MSM) kepada RM3,400-RM3,800 satu tan daripada RM2,800-RM3,200 sebelum ini berikutan kekangan bekalan serta didorong permintaan yang menggalakkan.

Agensi penarafan itu berkata titik tengah RM3,600 bagi julat harga yang dikemas kininya adalah 20 peratus lebih tinggi daripada RM3,000 berbanding julat sebelumnya iaitu RM2,800-RM3,200.

“Kami akan menggunakan julat harga ini dalam unjuran kewangan kami untuk syarikat-syarikat yang dinilai untuk menilai unjuran prestasi mereka dalam tempoh ini,” katanya dalam notanya baru-baru ini.

Menurut Moody’s, harga MSM dalam tempoh 12-24 ini dijangka kekal lebih tinggi daripada paras sejak 5-10 tahun lalu kerana cuaca buruk dan pengeluaran yang lemah mengurangkan bekalan, manakala diskaun yang meluas terhadap minyak-minyak gantian menyokong permintaan.

Ia menambah harga-harga MSM bagi tahun 2022 sangat tidak menentu, menyaksikan harga memuncak pada sekitar RM7,600 satu tan pada April dan susut lebih 50 peratus kepada bawah RM3,500 satu tan menjelang September sebelum pulih secara beransur-ansur kepada sekitar RM4,000 pada November.

Walaupun harga MSM telah jatuh daripada paras tertinggi sepanjang masa, ia masih jauh lebih tinggi daripada paras sejarah, tambahnya. – BERNAMA

Loading...
Terkini