comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

MSIA Unjur Industri Semikonduktor Berkembang Antara 8 Hingga 10% Pada 2022 – HLIB

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR:  Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) mengunjurkan industri semikonduktor berkembang antara lapan hingga 10% pada 2022 diikuti pertumbuhan leih rendah pada 2023 disebabkan kemerosotan dalam industri pembuatan komputer peribadi dan telefon pintar, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB).

Bagaimanapun, industri automotif kekal berdaya tahan dengan nisbah bil untuk ditempah, kata HLIB dalam nota penyelidikan hari ini.

Ia berkata loji fabrikasi akan terus diperlengkapkan walaupun pelan perbelanjaan modal (Capex) yang dikurangkan baru-baru ini oleh penggiat utama tetapi ia mungkin menangguhkan tenaga kerja sehingga pesanan diperoleh.

“MSIA bekerjasama dengan kerajaan untuk menambah baik insentif bukan monetari untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) dalam industri ini. Kami mengekalkan pendirian secara taktikal memihak kepada pemain hadapan,” katanya.

Bank pelaburan itu berkata dalam tempoh 12 bulan lepas sejumlah RM52 bilion pelaburan semikonduktor telah diumumkan dengan sasaran mewujudkan 11,000 pekerjaan.

“Susulan daripada pelaksanaan Cukai Minimum Global sebanyak 15 peratus, MSIA bekerjasama dengan kerajaan untuk menambah baik insentif bukan monetori seperti automasi, bakat dan rantaian bekalan untuk menarik FDI dalam industri ini,” katanya.

HLIB berkata permintaan yang semakin meningkat untuk pendigitalan menaikkan jualan di seluruh dunia yang mengakibatkan kekurangan cip global, ia memberi kesan kepada rantaian bekalan merentas sektor.

Sektor teknologi dijangka mengalami pertumbuhan pendapatan untuk beberapa tahun disokong oleh permintaan eksponen asas serta insentif kerajaan.

 

HLIB berkata ia menggariskan beberapa cabaran untuk industri semikonduktor termasuk tekanan ekonomi seperti inflasi dan risiko kemelesetan global dan gangguan bekalan.

 

Malaysia akan mengambil bahagian dalam melaksanakan cukai korporat minimum global sebanyak 15 peratus mulai tahun 2023 dan cukai itu hanya akan dikenakan kepada perusahaan multinasional besar dan konglomerat Malaysia yang perolehan global tahunannya melebihi RM3.4 bilion.

 

BERNAMA

Loading...
Terkini