comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

MSM cecah paras tertinggi dalam empat bulan, jejak prestasi minyak soya

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Minyak sawit mentah (MSM) mencecah paras tertinggi dalam tempoh empat bulan pada Isnin dan menjejaki kenaikan minyak soya selain jangkaan penghantaran kukuh daripada  peladang kedua terbesar Malaysia, kata CGS-CIMB Futures Sdn Bhd.

Dalam nota tinjauannya, firma penyelidikan itu berkata harga penanda aras kedua-dua kacang soya dan minyak soya telah melonjak pada Jumaat lepas yang dijangka dapat memacu permintaan selepas laporan mengenai China yang juga negara pengguna utama, berkemungkinan mengubah dasar sifar COVID.

Minyak soya melonjak 7.5 peratus pada minggu lepas manakala premiumnya berbanding minyak tropika turut mencecah paras rekod, sekali gus mengukuhkan kedudukan sawit sebagai yang paling murah dalam kalangan minyak masak utama.

Dalam pada itu, kacang soya turut menyaksikan pengambil untung lebih rendah serta jualan teknikal dalam dagangan semalaman.

CGS-CIMB berkata import kacang soya China pada Oktober adalah terendah sejak Oktober 2014 yang dipercayai disebabkan oleh harga tinggi dan margin kejatuhan domestik yang suram. – BERNAMA

Loading...
Terkini