comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Muslim Hussain dilantik jadi Pengerusi SME Bank

Datuk Muslim Hussain

KUALA LUMPUR: SME Bank mengumumkan pelantikan Datuk Muslim Hussain sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif berkuat kuasa 1 Oktober 2023.

Beliau membawa bersama pengalaman kerjaya yang luas dalam sektor perbankan, serta latar belakang yang kukuh dalam pengurusan risiko, dasar kredit dan pengurusan portfolio.

SME Bank dalam satu kenyataan berkata, Muslim telah berkhidmat dengan SME Bank sejak 1 September 2018, apabila dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.

“Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Pengurusan Risiko dan juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Lembaga Pembiayaan dan Pelaburan, Jawatankuasa Lembaga Audit serta Jawatankuasa Lembaga Teknologi Maklumat SME Bank,” katanya.

Kenyataan menambah, kerjaya perbankan Muslim menjangkau lebih 35 tahun, apabila beliau memegang jawatan dalam Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Agrobank.

Katanya, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Risiko Agrobank dari 2011 hingga 2016, mempamerkan kepakarannya dalam pengurusan risiko.

SME Bank berkata, pelantikan Muslim sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif menekankan komitmen terhadap kecemerlangan kepimpinan dan tumpuannya untuk memupuk pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

“SME Bank yakin kepimpinan Muslim akan meningkatkan lagi misi SME Bank untuk memperkasa dan memartabatkan PKS di Malaysia,” katanya.

Loading...
Terkini