comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

MyCIF sokong PMKS, labur RM289 juta tahun lalu

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF) telah melabur bersama sebanyak RM289 juta melalui platform pembiayaan alternatif kepada 3,587 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) pada 2023.

Pelaburan itu sekali gus memacu pertumbuhan dan meningkatkan daya saing PMKS Malaysia dengan konsisten.

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata, MyCIF telah memacu hampir RM2 bilion pelaburan swasta melalui pelaburan sebanyak RM289 juta tahun lalu.

Beliau berkata, ia membuktikan peranan pentingnya dalam memupuk pertumbuhan segmen ECF dan pembiayaan P2P.

“Sektor pertanian khususnya menyaksikan peningkatan sebanyak 86 peratus dalam penerbit yang disokong oleh skim pertanian MyCIF.

“Tambahan pula, MyCIF mampu mencapai kadar yang lebih tinggi bagi PMKS di luar Lembah Klang iaitu 49 peratus daripada 40 peratus pada tahun sebelumnya.

“Ini bukti MyCIF menyokong keterangkuman dalam kalangan PMKS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini