Tumpuan :
Detik Niaga

MyPAKW berpotensi digunakan dalam penyasaran subsidi RON95 tahun depan

Datuk Seri Dr Mohd Uzir memberi ucapan pada Sesi Townhall Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar dan Keluaran Dalam Negeri Kasar Mengikut Daerah.

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Kalkulator Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (MyPAKW) berpotensi digunakan dalam penyasaran subsidi RON95.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, MyPAKW mempunyai maklumat terperinci termasuk data Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Mengikut Daerah.

“Dengan adanya (MyPAKW) meletakkan angka ikut daerah berpotensi bukan sahaja terhad pada penyasaran tapi banyak perkara,” kata beliau ketika ditanya mengenai kemungkinan perbezaan jumlah bantuan mengikut daerah dalam pelaksanaan penyasaran subsidi RON95.

Terdahulu Sesi Townhall Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar dan Keluaran Dalam Negeri Kasar Mengikut Daerah tengah hari tadi.

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini