comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Nestlé Malaysia bantu PBSM siap sedia bantuan banjir & tengkujuh

PETALING JAYA: Nestlé Malaysia terus mengukuhkan kerjasamanya dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) baru-baru ini dengan menghulurkan sumbangan RM400,000.

Dengan matlamat menyumbang kepada usaha kemanusiaan PBSM, dana ini akan digunakan untuk membeli ambulans baharu dan membuat persediaan bagi bantuan banjir sebelum ketibaan musim tengkujuh, serta inisiatif bantuan kemanusiaan di Malaysia dan di luar negara.

Sumbangan keseluruhan kini berjumlah RM2.3 juta dalam bentuk tunai dan produk bagi menyokong pelbagai program kemanusiaan yang dianjurkan oleh PBSM pada 2023. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata Kedua- dua Nestlé dan pertubuhan Bulan Sabit Merah/Palang Merah berasal dari Switzerland dan mendukung wawasan pengasas masing-masing untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik.

Menurut Pengerusi PBSM, Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, selama 75 tahun PBSM berbakti dan menyokong usaha membina negara dengan memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan di Malaysia dan tempat-tempat lain.

“Komitmen kami meluas untuk membantu individu dan masyarakat yang memerlukan, tanpa mengira bangsa, warga negara atau latar belakang agama. Kami amat berterima kasih kepada Nestlé Malaysia atas kerjasama mereka.

Sumbangan ini benar-benar memudahkan usaha kami untuk menyokong komuniti yang terjejas. Sebahagian daripada sumbangan ini akan disalurkan ke dalam Tabung Kecemasan Palestin kami yang baru ditubuhkan. PBSM komited untuk berkhidmat kepada masyarakat dan bekerjasama dengan rakan-rakan seperti Nestlé Malaysia untuk meluaskan capaian kami.”

Di samping kerjasama berterusan dengan PBSM, Nestlé terus melaksanakan pelbagai program untuk menambahbaik kehidupan komuniti di seluruh Malaysia. Sebagai contoh, program Farmer Connect, menyokong masyarakat luar bandar yang terlibat dalam penanaman cili, padi dan kopi di Kedah dan Kelantan, di samping negeri-negeri lain.

Loading...
Terkini