comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Netflix turunkan harga langganan di Malaysia

Foto: REUTERS

KUALA LUMPUR: Netflix menyemak semula harga Pelan Asas di Malaysia daripada RM35 sebulan kepada RM28 sebulan.

Dalam satu kenyataan hari ini, penyedia perkhidmatan langganan video ‘over-the-top’ itu berkata, matlamatnya adalah untuk menawarkan pilihan meluas filem dan tayangan berkualiti, disusun khas untuk pelanggan.

Katanya, ahli baharu yang melanggan akan menikmati harga baharu bagi Pelan Asas itu berkuat kuasa serta merta, mulai hari ini.

Ia berkata, kemaskini akan dibuat kepada pelanggan sedia ada dalam beberapa minggu akan datang bagi kitaran bil berikutnya.

“Pelanggan sedia ada akan diberitahu melalui e-mel dan masa sebenar akan bergantung kepada kitaran bil spesifik ahli,” katanya. — BERITA HARIAN

Loading...
Terkini